Sejarah politik Subramaniam_Sinniah

Kongres India Malaysia

Ketika V. Manikavasagam menjadi presiden MIC, beliau memutuskan untuk memperkenalkan wajah-wajah baru ke dalam barisan kepimpinan. Ketika inilah Subramaniam, K. Pathmanaban, pemegang ijazah MBA dari Harvard, dan beberapa orang lain masuk ke arena politik menjadi pemimpin pelapis MIC dan menyokong Manickavasagam. Mereka masih muda, terdidik dan bercita-cita tinggi tapi tidak mempunyai pengalaman akar umbi.

Hal ini membuat Samy Vellu pening kepala kerana lima pemimpin ini berani menentang bekas presiden V. T. Sambanthan dan menyokong V. Manikavasagam menjadi presiden parti.

Subramaniam menjadi Setiausaha Agung MIC kerana dipilih langsung oleh Manickavasagam untuk menggantikan beliau. Namun, Samy Vellu menentangnya. Dalam pemilihan parti MIC 1977, Subramaniam mendapat sokongan 26 perwakilan untuk menjadi Naib Presiden MIC.

Apabila Manickavasagam meninggal dunia secara tiba-tiba pada 12 Oktober 1979, Samy Vellu menjadi Presiden MIC. Pada 1981, Samy Vellu hampir-hampir menyingkirkan Subramaniam .

Subramaniam tidak mempunyai hubungan baik dengan Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu. Subramaniam tidak dicalonkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 oleh Samy Vellu - tiga hari sebelum hari pencalonan. Menurut Samy Vellu, Subramaniam telah lama menjadi ahli Parlimen, setiausaha parlimen dan timbalan menteri dan "sekarang giliran orang lain pula."

Subramaniam mempertahankan jawatan naib presiden dalam pemilihan MIC 2006 tetapi Samy Vellu berkeliling di seluruh Malaysia, berkempen bahawa Samy Vellu menyokong Datuk G. Palanivel. Dalam pemilihan 2006,[4] Samy Vellu kembali sebagai presiden MIC tanpa ditentang. Datuk G. Palanivel Subramaniam menjadi Timbalan Presiden. Akibatnya Samy Vellu kehilangan sokongan daripada masyarakat India. Tambahan pula etnik India daripada Hindraf mengadakan perhimpunan pada 25 November 2007[5] di Kuala Lumpur menuntut 18 perkara berhubung diskriminasi terhadap etnik India yang terpinggir selama 50 tahun sejak Malaysia merdeka. Ekoran itu, Samy Vellu kalah di Sungai Siput.

PRU 12

Hanya 3 daripada 9 calon MIC menang dalam PRU12 .Ini adalah kekalahan terburuk bagi MIC sejak parti itu ditubuhkan. Namun, Samy Vellu menyatakan bahawa beliau tidak bertanggungjawab atas kekalahan MIC. Menurut analisis politik Australia, masyarakat India Malaysia tidak menolak MIC tetapi hanya menolak Samy Vellu dan kroni-kroninya . Ramai ahli cawangan bersetuju bahawa Dato' Subra boleh menyelamatkan MIC tetapi presiden enggan mengosongkan pos.

Mesyuarat Agung MIC 2009

Ramai percaya Samy Vellu boleh memusnahkan MIC dan memimpin etnik India ke dalam perhambaan. Dato' Subra dipercayai akan membawa udara segar bagi Pemuda MIC. Pengunduran SA Vickneswaran merupakan pukulan bagi Samy Vellu. Blog Dato Subra diadakan iaitu http://datosubra.com/ bagi membincangkan permasalahan masyarakat India Blog ini menerima respon yang sangat baik. Pemilihan presiden MIC 2009 diadakan pada 12 September dilihat sebagai pertarungan antara Dato' Subra, Palanivel dan Sothinathan.[6] Penganalisis berpendapat Samy Vellu menyokong Sothinathan agar sokongan terhadap Dato' Subra berpecah dan Palanivel akan menang mudah. Dato' Palanivel memenangi jawatan timbalan untuk kedua kalinya dengan majoriti tipis.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Subramaniam_Sinniah http://datosubra.com/ http://www.indianmalaysian.com/2011/subramaniam.ht... http://www.themalaysiantimes.com.my/my-dad-will-be... http://m.utusan.com.my/berita/politik/pilihan-raya... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt... http://www.sarawakreport.org/2017/06/nice-money-fo... https://www.malaysiakini.com/news/71796 https://www.malaysiakini.com/news/92249 https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/07/16/p...